Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENAGIH BERALIH GUNA DADAH SINTETIK, ANCAMAN DI PANTAI TIMUR PALING SERIUS

Kuala Lumpur, 24 Jun 2026 - Dadah sintetik kini menjadi ancaman utama penyalahgunaan dadah di negara ini apabila merangkumi kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kes penagihan, dengan negeri-negeri Pantai Timur dikenal pasti sebagai kawasan paling serius terjejas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 145,526 kes melibatkan dadah jenis Amphetamine-Type Stimulants (ATS) direkodkan pada 2023, meningkat kepada 192,857 kes pada 2024 sebelum mencatat 141,817 kes pada 2025.

"Dadah sintetik yang paling banyak disalah guna di negara kita sehingga merangkumi kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kes penyalahgunaan dadah adalah dadah jenis ATS.

"Bila kumpulkan data, kemudian kita lakukan pemetaan, didapati keadaan paling serius adalah di negeri-negeri Pantai Timur sangat serius.

"Maknanya, di jalur Pantai Timur, penggunaan Ganja, Heroin, Ketum dan Morfin tidak lagi menjadi pilihan utama. Sebaliknya, mereka mencari ATS, Syabu dan Methamphetamine," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan KOSMO seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS