Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BOT NELAYAN TERSADAI JADI STOR SOROK ARAK SELUDUP RM1.5 JUTA


Pasir Puteh, 29 Jun 2026 - Taktik licik sindiket menggunakan sebuah bot nelayan tersadai sebagai stor untuk menyimpan sebanyak 50 karton minuman keras bernilai RM1.5 juta termasuk cukai terbongkar selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga membuat serbuan di Jeti Tok Penghulu, Sungai Semerak dekat Tok Bali di sini Khamis lalu.

Serbuan dijalankan menerusi Op Taring Gelora, Op Taring Landai dan Op Kontraban kira-kira pukul 12.30 tengah malam selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan penyeludupan di kawasan tersebut.

Komander PPM Wilayah Tiga, ACP Mohd Khairuddin Jamal berkata, pemeriksaan mendapati bot yang dipercayai sudah tamat tempoh lesen dan tidak lagi menjalankan aktiviti perikanan itu dijadikan lokasi penyimpanan arak dengan anggaran 396 liter.

Katanya, kesemua minuman keras itu dilarang diimport mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

"Seorang lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 40-an yang mengaku sebagai penjaga lokasi itu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan atau permit sah untuk berada di negara ini.

"Kes itu disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63 sebelum dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh," katanya ketika dihubungi semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS