Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BAYAR RM10,000 UPAH 'EJEN'

Kota Bharu, 1 Julai 2026 - Bayar RM10,000 sebagai upah 'ejen' membawanya masuk ke Malaysia.

Perkara berkenaan didedahkan seorang lelaki etnik Rohingya berusia 24 tahun selepas ditahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Terminal Bas Kota Bharu di Lembah Sireh di sini, pada jam 7.50 malam, kelmarin.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, ketika ditahan, lelaki terbabit mengaku sedang menunggu bas untuk ke Permaisuri, Setiu, Terengganu bagi mencari peluang pekerjaan baharu.

Katanya, hasil soal siasat, lelaki itu memaklumkan dia datang ke Malaysia pada 2023 dengan menaiki sebuah kapal laut selama sebulan dari Rathedaung, Rakhine, Myanmar menuju ke Thailand.

"Lelaki itu mengaku membayar sebanyak RM10,000 kepada seorang 'ejen' bagi menguruskan perjalanan dari Myanmar sehingga memasuki Malaysia.

"Dia menaiki sebuah kapal laut selama sebulan. Setibanya di Thailand (lokasi tidak diketahui), lelaki berkenaan berjalan kaki melalui kawasan hutan menuju ke selatan Thailand selama kira-kira tiga hari sebelum dibawa masuk ke negara ini melalui laluan Sungai Golok," katanya menerusi kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS