Kuala Lumpur, 3 Julai 2026 - Seramai 32 warga China ditahan polis sekaligus menumpaskan sindiket pertaruhan Piala Dunia FIFA 2026 secara dalam talian yang beroperasi di sebuah kedai pejabat di Cheras menerusi Op Soga XI awal pagi kelmarin.
Ketua
Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Fadil Hj. Marsus berkata, serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada jam 2.40 pagi itu menahan 29 lelaki dan tiga wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan dijadikan pusat operasi untuk menguruskan akaun pelanggan, menyelia transaksi serta mempromosikan aktiviti pertaruhan bola sepak dalam talian.
"Polis turut merampas 28 komputer, telefon bimbit pelbagai jenama, modem internet serta pelbagai peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu.
"Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan mengendalikan pertaruhan bola sepak menerusi laman sesawang dan pusat operasi itu dipercayai sudah beroperasi sejak tiga minggu lalu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran