Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: RAKYAT MALAYSIA DISARAN TANGGUH LAWAT SELATAN THAILAND


Kota Bharu, 2 Julai 2026 - Rakyat Malaysia, terutama yang berada di Kelantan, disaran menangguhkan perjalanan ke selatan Thailand susulan lima kes tembakan dan letupan dilaporkan di kawasan itu dalam seminggu ini.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat mengakui pihaknya tidak boleh menghalang pergerakan orang ramai dan hanya mampu memberi peringatan sebagai langkah keselamatan.

"Kita nasihatkan orang ramai untuk elak daripada berkunjung ke selatan Thailand kerana saya ada maklumat. Pegawai dan anggota Cawangan Khas kita sentiasa melaporkan keadaan di selatan Thailand.

"Buat masa sekarang, lima kes tembak dan letupan bom berlaku dalam tempoh seminggu.

"Itu sebabnya saya minta jika tiada keperluan atau urusan penting, tangguh dulu perjalanan ke sana. Setakat nak pergi makan, tak payahlah," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran

May be an image of car and text that says 'Kereta Malay arosak terkena letupan bom wunaliacecethomom pembetung vangdiletakkandi etakkan melalui i- KampungPhro Wan, berhampiran Tak Bai Narathiwat, kelmarin. Lima kes tembak, letupan bom dalam tempoh seminggu di selatan Thailand, polis Kelantan nasihat tangguh kunjungan Vasional 'Cawangan Khas kita sentiasa lapor keadaan yang berlaku di selatan Thailand. Untuk keadaan sekarang, sebanyak lima kes tembak dan letupan bom berlaku dalam tempoh seminggu. Setakat nak pergi makan, tak payahlah' Datuk Mohd Yusoff Mamat, Ketua Polis Kelantan Wadah Pembaharuan BH rg itaHarian www.bharian.com.my'

May be an image of one or more people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS