Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: CAWANGAN KHAS, JSJ BANTU SARING NGO KUTIP DERMA

 
Kuala Lumpur, 6 Julai 2026 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memperketat proses pendaftaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi tapisan keselamatan oleh Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia bagi memastikan hanya pertubuhan yang berintegriti dibenarkan beroperasi.

Ketua Pengarah RoS, Dato’ Mohd Zulfikar Ahmad berkata, proses tapisan itu memberi tumpuan kepada pertubuhan yang beroperasi dalam bidang kebajikan dan agama, termasuk penelitian latar belakang individu yang terbabit dalam pengurusan pertubuhan serta penilaian menyeluruh bagi mengelakkan sebarang salah guna atau manipulasi kutipan derma.

Beliau berkata, RoS turut memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Cawangan Khas dan JSJ melalui perkongsian maklumat serta tindakan penyelarasan bagi memastikan sebarang salah guna kutipan dana dapat ditangani mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Menurutnya, langkah itu bukan sahaja bertujuan memperkukuh aspek integriti dan tadbir urus pertubuhan, malah meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem pemantauan NGO serta memastikan setiap kutipan dana dilaksanakan secara telus dan berakauntabiliti.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'RoS Spertimbang wajib audit bebas bertujuan Cawangan Khas, JSJ bantu saring NGO kutip derma Langkah pastikan memasti- pelaporan hanya pertubuhan berintegriti dibenarkan beroperasi Keratan akhbar termasuk pada semalam Zanariah Abd Mutalib, Arifin pelanggaran undang-un- kira-kira RM230 dirujuk Kuala Lumpur: Jabatan diambil mCpesea hukan menjejaskan (PDRM) kegunaan kewanean Zulfikar Ahmad, ngan peribadi. nuK kepenti- helakang memantau Katanya, sekiranya ama n Ia dilaksanakan bagi memastikan setiap permohonan pendaftarar serta penilaian latar belakang individu yang terbabit dalam pengurusan pertubuhan dapat diteliti dengan lebih menyeluruh Beliau berkata, kerjasama melalu harı urusan audit dan memper- Ahmad, Ketua Pengarah RoS kerjasama dan dan kawal selia,''

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS