Padang Besar, 8 Julai 2026 - Kegiatan satu sindiket pengedaran dadah di Perlis berjaya dilumpuhkan hasil penahanan tiga individu dan merampas cecair dadah bernilai RM34.31 juta.
Ketua
Polis Perlis, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim berkata, kesemua suspek itu ditahan hasil tiga serbuan berasingan di sekitar negeri itu membabitkan seorang wanita warga Thailand dan dua lelaki tempatan berusia antara 38 hingga 68 tahun bermula 1 hingga 3 Julai lalu.
Menurutnya, dalam serbuan pertama pada 1 Julai lalu, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Arau dan Padang Besar bertindak menahan wanita wargad Thailand berusia 38 tahun di Kampung Panggas, Padang Besar.
"Hasil pemeriksaan di sebuah stor simpanan barang, polis menemui 172 kotak berisi 75,540 katrij mengandungi dadah disyaki jenis FuranylfentanyI sebanyak 188.85 liter dianggar bernilai RM28.33 juta.
"Susulan penahanan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis membuat tangkapan kedua pada 2 Julai membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 68 tahun di Kampung Guar Musang, Bukit Keteri," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.