Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET JUDI PIALA DUNIA TUMPAS

Kuala Lumpur, 10 Julai 2026 - Polis menumpaskan sindiket pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2026 dipercayai didalangi warga Kanada di sini, pagi semalam.

Sindiket menjadikan lot pejabat di tingkat lapan sebuah bangunan di Taman Desa di sini, sebagai pusat pertaruhan dan mempromosi perjudian secara dalam talian.

Serbuan dijalankan oleh Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap Kuala Lumpur pada jam 11.30 pagi itu turut membawa kepada penemuan baki kredit dalam bentuk matawang digital bernilai AS$T323,380.22 (RM1.3juta) serta wang tunai berjumlah RM18,817.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Fadil Hj. Marsus berkata, sindiket menyasarkan pelanggan berada di Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong yang ingin membuat pertaruhan perlawanan bola sepak.

"Ketika digempur, pihak polis turut menemui baki kredit dalam bentuk mata wang digital, iaitu pertaruhan yang dibuat untuk empat perlawanan separuh akhir Piala Dunia.
"Hasil siasatan awal, sindiket menyewa lot pejabat ini sejak enam bulan lalu, namun memulakan aktiviti promosi dan pertaruhan sejak tiga bulan lalu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Polis menahan 11 individu membabitkan enam lelaki warga Korea Selatan dan tiga lelaki serta dua wanita tempatan," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS