Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai salah satu daripada 11 agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang memainkan peranan penting dalam menjayakan Program Kampung Angkat MADANI menerusi pelbagai inisiatif yang memfokuskan kepada keselamatan komuniti, kesejahteraan rakyat dan pengukuhan hubungan antara polis serta masyarakat.
Penglibatan PDRM mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong pendekatan "Whole-of-Government" bagi memperkasa pembangunan komuniti luar bandar.
Melalui kerjasama strategik tersebut PDRM bersama agensi-agensi lain terus menyumbang ke arah pembentukan komuniti yang lebih selamat, sejahtera dan berdaya tahan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.