Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: JABATAN KDNKA PDRM CAPAI 71 PERATUS KPI

Kuala Lumpur, 29 Julai 2026 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mencapai 71 peratus daripada keseluruhan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan bagi separuh pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, pencapaian itu hasil komitmen seluruh warga jabatan, namun usaha perlu dipertingkatkan bagi memastikan sasaran 100 peratus KPI dicapai menjelang penghujung tahun.

Beliau berkata, setiap elemen dalam jabatan perlu menggandakan usaha dan memperkemaskan pelaksanaan tugas tanpa menunggu saat akhir.

"Jadikan setiap hari yang berbaki ini sebagai peluang untuk menambah nilai kepada prestasi jabatan demi memastikan setiap KPI yang disasarkan benar-benar dicapai dengan cemerlang.

"KPI bukan sekadar angka dilaporkan di atas kertas, tetapi bukti prestasi dan indikator mengukur keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta pencapaian jabatan," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says '(PDRM) peratus sanaan pelak- tugas tanpa separuh pertama Lumpur: Dalam Jabatan KDNKA PDRM capai 71 peratus KPI Awam menggandakan Heliau berkata demiki- pak arah KDNKA supaya tidak bericap selamatan integriti Perhimpunan Bula- ketentera- Pengaral Jaba- . awamn. berbakii KDNKA peluang Bukit Aman, perkata, komit- demi dalam usaha Mohd berkata, sasaran dengan cemer- mastikan adikan Beliau turut Tenyrn- KDNKA sifat Rasu- siddiq, beliau mengingatkan warga jabatan bukan sekadar ang- menje- Beliau kan edoman setiape perlu 'Inilah pencapa- falsafah Integrity berhik- hasil Jadikan setiap hari berbaki sebagai peluang tambah nilai kepada prestasi jabatan Yusti perkara boleh markan jabatan KDNKA atau disegani'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS