Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BiarJasaJadiKenangan POSTING PILIHAN: TINDAKAN PRIHATIN ANGGOTA BALAI POLIS LTSAAS RINGANKAN KESULITAN ORANG AWAM

Penghargaan buat anggota dari Balai Polis Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) iaitu Koperal Mohd Akmal Abdullah dan Lans Koperal Muhammad Saniy Abd Wahab atas tindakan prihatin membantu seorang lelaki yang mengalami penyakit Parkinson ketika hendak ke tempat kerja di tepi jalan menghala LTSAAS, Subang, Selangor, pagi semalam.

Lelaki berkenaan dipercayai berada dalam keadaan panik dan menghadapi kesukaran untuk meneruskan perjalanan ke tempat kerjanya. Menyedari keadaan tersebut, kedua-dua anggota berkenaan segera tampil menghulurkan bantuan demi memastikan keselamatan dan kebajikan individu terbabit.

Hasil keprihatinan yang ditunjukkan, lelaki tersebut telah selamat dihantar ke tempat kerjanya di Malaysia University of Science and Technology.

Terima kasih atas keprihatinan dan komitmen yang ditunjukkan dalam membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang, selaras dengan aspirasi Polis Diraja Malaysia yang sentiasa mengutamakan keselamatan serta kesejahteraan rakyat.


May be an image of car, road and text that says 'Glenmarie nmarie Pusat Banda 03 Shah Alam Beloh +A Bandar Klang tang OMOOn A 0 M 0 디 VRB 8456 AWO'

May be an image of car and text that says 'Glenmar Pusat Bar Shah Alar Sg.Buloh Sg. Buloh Pusat Banda Klang'

May be an image of car

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS