Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KEWANGAN KUKUH, RANGKAIAN LUAS JADIKAN SINDIKET DADAH 'KEBAL'

 
Petaling Jaya, 9 Ogos 2026 - Rangkaian luas serta kekuatan kewangan besar dimiliki sindiket menjadi antara faktor kegiatan penyeludupan dadah terus berlaku di negara ini khususnya di lapangan terbang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, sindiket terbabit bukan sahaja sudah lama beroperasi malah semakin berkembang daripada segi rangkaian yang membolehkan mereka meneruskan kegiatan walaupun berdepan tindakan penguatkuasaan.

"Sindiket-sindiket ini bertambah, sudah bertapak lama dan mereka mempunyai rangkaian dalaman dan juga di luar negara," katanya dalam siaran podcast bersama Utusan Malaysia yang disiarkan semalam.

Dato' Hussein berkata, kekuatan kewangan sindiket adalah besar sehingga membolehkan mereka meneruskan operasi walaupun sebahagian daripada bekalan dirampas dan anggota sindiket ditangkap.

"Walaupun kita rampas, tangkap dan sebagainya, kerana kekuatan yang besar pada sindiket-sindiket ini mereka boleh terus melakukan operasi-operasi ini.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS