Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIGA SINDIKET EDAR DADAH TUMPAS


George Town, 29 Ogos 2026 - Polis Pulau Pinang menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah selepas menahan tujuh individu termasuk sepasang suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.2 juta dalam siri serbuan di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Dennis Lim, berkata operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kontinjen dan bahagian narkotik daerah itu antara 15 hingga 22 Ogos lalu membabitkan daerah Timur Laut, Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT), hasil risikan serta intipan dijalankan sejak beberapa bulan lalu.

Bagi daerah Timur Laut, polis menahan empat individu daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 hingga 35 tahun dalam operasi pada 15 dan 16 Ogos yang membawa kepada rampasan serbuk ganja seberat 38.3 kilogram (kg), bunga ganja (11.5 kg), Syabu (14 kg), Ketamin (5 kg), Pil Ekstasi (16 kg) dan 4,000 biji Pil Erimin 5.

“Berdasarkan siasatan, sindiket didalangi pasangan suami isteri berumur 26 dan 25 tahun, mereka dipercayai mendapat bekalan bunga ganja dan ganja dari negara jiran sebelum diedarkan untuk pasaran di negeri ini serta dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak Mei lalu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Di kawasan SPU pula, beliau berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 23 dan 46 tahun dalam dua serbuan berasingan di Butterworth, dekat sini pada 15 dan 19 Ogos lalu, dengan merampas serbuk Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) masing-masing seberat 3.25 kg dan 1.3 kg.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS