Johor Bahru, 21 Ogos 2026 – Selepas kediaman berpagar dan berpengawal, kini rumah rakit pula dijadikan stor penyimpanan dadah oleh sindiket pengedaran dadah sebelum dipasarkan.
Dalam kes terbaharu pada 12 Ogos lalu,
Polis Johor menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah hasil tiga serbuan termasuk di sebuah rumah rakit di Masai di sini.
Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Hoo Chuan Huat berkata, dalam serbuan itu seramai sembilan individu termasuk dalang sindiket berusia 54 tahun ditahan manakala dadah bernilai RM7.93 juta dirampas.
"Dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Masai di sini, tiga lelaki tempatan ditahan dengan pelbagai jenis dadah termasuk dua mesin yang digunakan untuk memproses Ekstasi dan peralatan untuk pembungkusan semula dadah.
"Dalam serbuan kedua di rumah rakit itu, kita menahan empat lelaki tempatan termasuk ''master mind'' dan turut merampas sejumlah dadah.
"Serbuan ketiga pula dibuat di sebuah rumah di Ulu Tiram di sini, sebelum sepasang kekasih ditahan dengan sejumlah dadah," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.