Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OBK: 27 JERAT HARAM DIMUSNAHKAN

Kuala Lumpur, 6 September 2026 - Sebanyak 27 utas jerat yang digunakan untuk menangkap pelbagai spesies haiwan termasuk yang dilindungi berjaya dimusnahkan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, selain jerat jenis spring, jerat sembat dawai dan jerat sembat nilon turut ditemui dalam operasi tersebut ialah jebak serta perangkap termasuk beberapa khemah milik pemburu haram.

"Dari segi penggunaannya (jerat), jenis dan saiz jerat lazimnya bergantung spesies yang ingin disasarkan. Jerat spring lazimnya digunakan untuk menyasarkan babi hutan, manakala jerat sembat dawai dan jerat sembat nilon boleh digunakan untuk menyasarkan hidupan liar yang lebih besar atau lebih kecil bergantung kepada diameter dawai atau tali serta saiz pelentik yang digunakan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Operasi rondaan dan penguatkuasaan di kawasan berisiko bermula 11 hingga 25 Ogos itu dilaksanakan Jabatan PERHILITAN, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Polis Marin, Perbadanan Taman Negeri Perak serta Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS