Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KILANG BELI KAYU HUTAN HARAM DISERBU

Tanah Merah, 21 September 2026 - Kegiatan sebuah kilang yang menjalankan kegiatan membeli sebanyak 290 batang kayu hutan daripada penduduk setempat secara haram terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu premis tersebut di Kampung Bukit Kecil, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 2.00 petang itu, PGA turut merampas pelbagai spesies kayu hutan, sebuah jentolak dan pelbagai peralatan memotong kayu dianggarkan bernilai RM1.42 juta.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, ketika serbuan dijalankan, seorang lelaki sedang mengendalikan sebuah jentolak, manakala tiga lagi pekerja memotong kayu menggunakan mesin gergaji di dalam kilang tersebut.

Katanya, seorang lelaki berusia 27 tahun yang mengaku sebagai kerani kilang kayu tersebut menunjukkan satu salinan Perakuan Industri Berasas Kayu yang sah bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2026.

"Lelaki itu bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang permit pemindahan kayu daripada Jabatan Perhutanan.

"Anggota PGA menghubungi Jabatan Perhutanan Tanah Merah sebelum pihak berkenaan hadir dan mengesahkan bahawa kayu-kayu yang terdapat di kawasan kilang tersebut dipercayai tidak bercukai," katanya ketika dihubungi semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of lumberyard and text that says 'Kilang beli kayu hutan haram diserbu PGA rampas kayu hutan, ,jentolak peralatan bernilai RM1.42juta kemuka permit pemindahan daripada Jabatan Perhutanan UHAMMAD AYMAN ΤΑΝΑΗ MERAH menyerbu dijalan- BAHAGIANkayuhutan tidak bercukal yang dirampas sebuah kilang Kampung Bukit Kecil. Tanah Merah kelmarin HSANPGA Anggota hutan yang diproses kilang aipercien daripada Jabatan PerhutananT Tanah Merah sebelum pihak berkenaan nmengesahkan bagaimanapun berapa terdapat kawasar kilang tersebut dipercayai tidak bercukai.' pergikolan AHMAD RADZI dihubungi semalam Haktz www.wbtk.k.k.hee mengangkatkayudikilang bercukal,' katanya ketika Bektor perindus- n sebanal Menurutases BM2000 membantt и 5a0 15tahun Seksven8 mengiku Perhutanan'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS