Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Ops Sikap Ke-20

Muar, Johor - 11 September 2009. Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Ops Sikap Ke-20 telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara di Dataran Tanjung Emas, Muar Johor pada petang ini.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YBhg. Dato' Khairul Annuar Mohamed Zamzam, Naib Presiden Eksekutif TM, YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH SAC II Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YBhg. Tuan haji Mislan bin Karmani, Pegawai Daerah Muar, Katua-ketua Jabatan Kerajaan, Ketua-ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan TM serta dif-dif jemputan.

Bertemakan 'Selamat Sampai Ke Destinasi', Ops Sikap Ke-20, 2009 berlangsung selama 15 hari, bermula dari 13 September 2009 sehingga 27 September 2009. Objektif Ops Sikap tahun ini adalah :-
- Memastikan aliran trafik berjalan dengan lancar dan selamat
- Mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 5% (lima peratus)
- Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jalanraya secara terancang
- Melaksanakan operasi secara 'Integrated With Crime Preventioan'


Disamping itu, Cawangan Trafik akan meneruskan strategi 'Creative Enforcement' dengan menggunakan konsep 4A iaitu di mana semua anggota Cawangan Trafik perlu meningkatkan daya saingan dalaman untuk melaksanakan Ops Sikap dengan nilai-nilai berikut:-
ATTITUDE       - Sikap positif dan komitmen
ABILITY          - Keupayaan untuk menganalisis sumber / maklumat, merancang sektor penugasan, memenuhi KPI   
                      kemalangan jalan raya
ACTION          - Persistent enforcement with high visibility
ACHIEVEMENT - Penilaian keberkesanan pelan tindakan

Ini adalah kali ketiga pelancaran kempen keselamatan jalan raya di adakan di luar lembah Klang selepas Kuala Selangor pada atahun 2006 dan Bentong pada tahun 2007.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Ops SIkap Ke-20 ini telah ditaja oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, yang telah terjalin selama 12 tahun berturut-turut. Keprihatinan Telekom Malaysia  menunaikan tanggungjawab dan obligasi sosialnya menjadi satu amalan murni yang sangat wajar disanjung dan perlu dicontohi oleh organisasi-organisasi lain.

Sempena kempen ini, TM telah menyediakan bahan-bahan publisiti merangkumi  7,000 poster, 1,000 banting, 50  kain rentang, 10,000 pelekat kereta, 30,000 pelekat motosikal dan 10,000 Buku Maklumat Trafik. Selain itu, TM juga menyediakan 300 keping kad iTalk untuk kegunaan Pasukan Pemantauan Trafik semasa bertugas sepanjang kempen itu.


Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Ops Sikap Ke-20 , 2009 telah disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Negara


Ucapan Pelancaran oleh YDH Ketua Polis Negara


Penerima-penerima Poster Kempen


YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato' Khairul Annuar Mohamed Zamzam, Naib Presiden Eksekutif TM


Pasukan Pemantauan Ops Sikap Ke-20 yang terdiri daripada Cawangan Trafik, Jabatan Pengangkutan Jalan, Bulan Sabit Merah, JPAM, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan lain-lain agensi


YBhg. Dato' Khairul Annuar Mohamed Zamzam, Naib Presiden Eksekutif TM menyarung topi keledar kepada salah seorang pengguna jalan raya.


YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan menyampaikan cenderahati kepada pengguna jalan raya

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS