Ulu KInta, Ipoh - 22 Disember 2011
Mendapatkan sayap penerjunan
adalah sesuatu yang dianggap sebagai kemestian oleh kebanyakan anggota
pasukan khas, terutamanya anggota-anggota unit elit seperti 69 Komando
dan Unit Tindakan Khas. Anggota yang memiliki kemahiran payung terjun
adalah anggota yang menerima latihan khas, menggunakan payung terjun
bagi memasuki kawasan operasi dengan cara digugurkan dengan payung
terjun bagi maksud menawan dan mempertahankan sesuatu kawasan.
Bertempat
di Padang Kawad, Briged Utara PGA, Ulu Kinta pada pagi ini, YDH CP
Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA telah menyempurnakan
Majlis Penutupan Kursus Asas Payung Terjun Unit Tindakan Khas Siri
1/2011 dan Kursus Asas Para Bebas 69 Komando Siri 2/2011.
Seramai
7 pegawai dan 23 anggota, di mana 5 daripada mereka adalah wanita,
telah berjaya menamatkan latihan yang telah dijalankan selama sebulan,
mulai 22 November sehingga 22 Disember 2011. Kursus yang
dijalankan, merangkumi latihan selama 3 minggu di Markas Briged Utara
dan 1 minggu penerjunan di Lapangan Terbang Tekah, Taiping, Perak.
Sementara itu, Kursus Para Bebas yang bermula pada 4 Jun sehingga 26 Jun
2011 di lokasi yang sama, telah dihadiri oleh 3 pegawai dan 2 anggota
dari 69 Komando.
Majlis pada hari ini memang tepat pada waktunya,
kerana ia adalah bukti kesungguhan PDRM untuk melonjakkan lagi
keupayaan dan meningkatkan kecekapan entiti dalam Pasukan Gerakan Khas
(PGK), sebagai satu-satunya pasukan khusus bukan tentera di negara ini
yang boleh dianggap sebagai sebuah
Multi Spectrum Special Operations Force yang unggul.
"Ilmu
pengetahuan yang ditenun dengan kemahiran, tidak akan memberi makna
kepada sesiapa sekiranya setiap pegawai dan anggota PGK tidak
menggunakan ilmu dan kemahiran tersebut dengan cara yang bijaksana",
ucap YDH Pengarah Jabatan KDN/KA.
Beliau juga berkata,
mempunyai pengetahuan yang banyak tetapi jika tindak tanduk tidak
bersesuaian dengan masa dan keadaan, maka usaha itu mungkin tidak
memberi manfaat kepada PDRM.
Hadir di majlis tersebut ialah YDH
DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Perak, YDH DCP Dato' Wira
Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA
(Kepolisan/Pencegahan Jenayah) dan YDH DCP Dato' Muhamad Fuad bin Abu
Zarim, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan
Keselamatan LTAB).
Turut hadir, YDH SAC Dato' Mohd Sueb bin
Abdullah, Timbalan Pengarah II Jabatan KDN/KA (Pentadbiran), YDH SAC
Dato' Abd Rashid bin Harun, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Pasukan
Gerakan Khas), YDH SAC Dato' Jaafar bin Mohd Yusof, Komander Unit
Tindakan Khas, YDH SAC Azizan bin Abdul Aziz, Komander 69 Komando, YDH
Komander-Komander serta Pegawai Kanan dan anggota dari PGK.
Sempena
majlis ini juga, seramai 7 orang Pegawai Kanan dari Jabatan KDN/KA
telah menerima Sayap Kehormat, di mana secara simboliknya sayap ini
dibawa turun oleh 10 orang penerjun para bebas dari 69 Komando.
Dengan
ruang yang ada ini juga, YDH Pengarah Jabatan KDN/KA telah menyematkan
pangkat kepada 2 orang Pegawai Kanan dari Pasukan Gerakan Khas yang di
naikkan pangkat baru-baru ini.

Ketibaan YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Kepolisan/Pencegahan Jenayah)

YDH DCP Dato' Muhamad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB

YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA

Ketua Penuntut melapor kehadiran...

Pengacara majlis...

Ustaz Mohd Razif bin Abdul Rahim memimpin bacaan doa...

Ucapan oleh YDH SAC Dato' Abd Rashid bin Harun, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Pasukan Gerakan Khas)

YDH
SAC Dato' Jaafar bin Mohd Yusof, Komander Unit Tindakan Khas
menyampaikan Sijil Kursus sementara YDH SAC Azizan bin Abdul Aziz,
Komander 69 Komando menyematkan Sayap Penerjunan

Penerima-penerima Sayap Penerjunan Kehormat

Simbolik...Sayap
Kehormat dibawa turun oleh 10 orang penerjun para bebas dari 69
Komando. Para penerjun di gugurkan pada jarak ketinggian 5,000 kaki dari
pesawat jenis Cessna Caravan C 208 Unit Udara PDRM, menggunakan payung
sport untuk acara
Accuracy dan payung
Classic Military yang digunakan untuk penerjunan tektikal penyusupan semasa operasi.

10 orang penerjun yang membawa Sayap kehormat
Penerima Sayap Penerjunan Kehormat

YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Perak

YDH SAC Dato' Mohd Sueb bin Abdullah, Timbalan Pengarah II Jabatan KDN/KA (Pentadbiran)

YDH SAC Dato' Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan

YDH SAC Dato' Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara PGA

YDH SAC Dato' Mohd Rodhi bin Haji Ismail, Komander Briged Tengah PGA

YDH SAC Kamarulzaman bin Md. Jan, Komander Unit Udara PDRM

YDH SAC Abdul Hamid bin Mohd Ali, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan

Penyematkan Pangkat... Supt. Zainuddian bin Haji Samsuhadi di naikkan ke pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP)

ACP Mohamad bin Ismail dinaikkan ke pangkat Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)

Ucapan dan penutupan kursus oleh YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

Penyampaian cenderahati kepada YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

Bergambar kenangan dan beramah mesra bersama YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA

Melawat gerai pameran peralatan yang digunakan oleh penerjun
Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan & Konst Muhammad Iqtar bin Azmi