Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PDRM Terima Sijil Penghargaan KARISMA

Putrajaya - 10 Mei 2012

Sebagai tanda yakin dan percaya akan kecekapan, ketelusan serta profesionalisme beberapa agensi kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, pagi ini telah berlangsung penyerahan Sijil Penghargaan daripada Sekretariat Suara Keamanan Mahasiswa di bawah Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) sempena Program Seminar Keamanan Untuk Negara : "Suara Mahasiswa 1Malaysia".


Sijil Penghargaan daripada Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA)

Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) merupakan kumpulan yang berdaftar secara sah di bawah 18 universiti seluruh negara. Dengan kerjasama Ibupejabat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) serta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia telah mengadakan satu program Seminar Keamanan Untuk Negara : "Suara Mahasiswa 1Malaysia" bertempat Auditorium Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.

Seminar Keamanan Untuk Negara : "Suara Mahasiswa 1Malaysia" bertujuan bagi memberikan penerangan berkaitan ancaman keselamatan negara serta mendapatkan maklum balas dari golongan muda terhadap perkembangan terkini berhubung isu-isu semasa negara. Seminar ini juga merupakan platform terbaik untuk diterjemahkan oleh majoriti mahasiswa seluruh Malaysia yang sentiasa menyokong dan mengharapkan kerajaan sedia ada agar terus mentadbir serta membina negara Malaysia yang harmoni lagi berdaulat.

Selain Polis Diraja Malaysia, turut menerima sijil penghargaan adalah Suruhanjaya Pilihanraya Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), merupakan agensi yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan.


Hadir menerima sijil penghargaan adalah YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Lobi Utama Bangunan Suruhanjaya Pilihanraya Raya (SPR), Kompleks Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.


Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS