DADAH RM8 JUTA DIRAMPAS
Bukit
Aman, 9 Jun – Lagi sindiket pengedaran dadah berjaya ditumpaskan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) setelah berjaya merampas dadah bernilai RM8 juta
dalam dua serbuan membabitkan dua lelaki tempatan di Seremban, Negeri
Sembilan, 7 Jun lalu.
Dalam
serbuan yang pertama, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)
Kontinjen Negeri Sembilan telah menahan dua lelaki tempatan di sebuah
restoran makanan segera di Seremban dan menemui pil-pil Eramin 5,
Ekstasi dan beberapa gram ketamin yang dijumpai dalam kereta yang
dinaiki oleh kedua-dua suspek.
Tangkapan
tersebut membawa kepada serbuan ke atas sebuah pangsapuri yang
dijadikan stor simpanan sindiket itu di Cheras Baru, Selangor dan pihak
polis telah berjaya menemui ribuan pil jenis Eramin, Ekstasi serta dadah
jenis Ketamin.
Kedua-dua
suspek yang berusia 29 dan 34 tahun kini ditahan reman selama tujuh
hari untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan
pihak polis kini masih giat mengesan saki-baki ahli sindiket yang
terlibat.
antara hasil-hasil rampasan dadah..
Sidang media dikendalikan oleh Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman..
Sidang media dikendalikan oleh Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman..
Pengarah JSJN bersama dengan pegawai-pegawai penyiasat menunjukkan hasil-hasil rampasan dadah kepada pihak media..