Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Trafik Pasukan
Bukit
Aman, 28 Mei - Majlis Serah Terima Tugas, Timbalan Ketua Trafik Pasukan
Polis Diraja Malaysia telah berlangsung di tingkat 21, Menara 1, Bukit
Aman petang tadi.
ACP
Mahamad Akhir bin Darus dari Pengurusan Keselamatan Kebombaan, Lembaga
Pelabuhan Klang, Selangor akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Trafik
Pasukan, Polis Diraja Malaysia mengantikan ACP Hj. Toha bin Abdullah
yang akan bersara pada 29 Mei 2014.
Dalam
ucapannya, ACP Mahamad Akhir bin Darus memohon kerjasama dari semua
Pegawai Turus Trafik peringkat Kontinjen dan Bukit Aman untuk turut
bersama beliau memperkasa dan meningkatkan imej Cawangan Trafik supaya
segala usaha dan pengorbanan polis trafik dihormati masyarakat.
Majlis
tersebut telah disaksikan oleh YDH SAC Haji Mohd Fuad bin Abd Latiff,
Ketua Trafik Pasukan dan dihadiri oleh KJKA/KTN Kontinjen, PT Trafik
Kontinjen dan Pegawai-pegawai Kanan Cawangan Trafik, Bukit Aman.

Pengacara majlis...

Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat...


Antara yang hadir...

Ucapan aluan oleh YDH SAC Haji Mohd Fuad bin Abd Latiff, Ketua Trafik Pasukan

Menandatangani dokumen penyerahan tugas...

Serah Terima Tugas ...

Ucapan oleh ACP Hj. Toha bin Abdullah

Ucapan oleh ACP Mahamad Akhir bin Darus