Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TEKNOLOGI MODEN ANTARA CABARAN POLIS BANTERAS MESIN JUDI MASA KINI

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Norhamizah binti Abu Bakar

TEKNOLOGI MODEN ANTARA CABARAN POLIS BANTERAS MESIN JUDI MASA KINI

Bukit Aman, 12 Jun – Penggunaan sistem dan teknologi canggih antara kesukaran yang dihadapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melakukan pembuktian jika suspek dituduh di mahkamah yang mana melibatkan kes perjudian khususnya mesin judi.

Kegiatan judi merentasi sempadan itu melibatkan jaringan 'server' luar negara di mana pihak berkuasa menghadapi kesukaran untuk mendapatkan keterangan kerana mempunyai tahap sekuriti yang tinggi.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata pihaknya berusaha membanteras kegiatan tersebut dengan melakukan beberapa serbuan termasuk melibatkan bahagian Urusetia Tatatertib PDRM bagi memantau pegawai atau anggota polis yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu dan ketirisan maklumat kepada penganjur judi.

"PDRM sentiasa berkerjasama dengan Suruhanjaya Mulitmedia Dan Komunikasi (SKMM) untuk menghalang kemasukan laman sesawang berunsur perjudian dan pertaruhan dalam negara ini.

"Berhentilah mengunjungi tempat-tempat judi kerana mesin-mesin berkenaan sudah diprogramkan untuk memberi kemenangan 90% kepada penganjur dan 10% sahaja untuk pemain", katanya dalam satu sidang media di Menara 2, pagi tadi.

Kegiatan mesin judi haram merupakan satu kesalahan jenayah. Mereka yang ditangkap sebagai penganjur atau pemain boleh dihukum dalam Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 495) kepada penganjur mesin judi di mana sekiranya disabitkan kesalahan boleh di denda tidak melebihi RM100,000 bagi setiap mesin yang dirampas dan hukuman penjara tidak lebih lima tahun manakala bagi si pemain mesin judi boleh dihukum di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 495) di mana sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.


Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, SAC Roslee Chik menunjukkan gambar serbuan premis mesin judi haram yang diserbu baru-baru ini





Antara yang hadir

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS