JABATAN LOGISTIK MENGUNGGULI KIK PDRM 2014
Berita : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan & Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan
SEREMBAN,
25 Jun 2014 - Kumpulan X-CALIBUR dari Bahagian Persenjataan, Jabatan
Logistik telah merangkul Johan bagi Kategori Teknikal sementara Kumpulan
InfoT dari Bahagian Teknologi Maklumat, juga dari Jabatan Logistik pula
menjadi Johan bagi Kategori Pengurusan di Pertandingan Kumpulan
Inovatif dan Kreatif (KIK) PDRM Tahun 2014.
Naib
Johan bagi Kategori Pengurusan telah disandang oleh Kumpulan D'Cradle
dari Bahagian Teknologi Maklumat, Maktab PDRM Kuala Lumpur dan tempat
Ketiga pula Kumpulan My Stripe dari Cawangan Trafik Bukit Aman.
Bagi
Kategori Teknikal, Kumpulan U-7 dari Unit 7, Pasukan Simpanan
Persekutuan , Seremban merangkul Naib Johan dan tempat Ketiga pula
Kumpulan Rated-X dari Jabatan Logistik Kontinjen Sarawak.
Sementara
itu, Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah merangkul
Johan bagi Anugerah Inovasi PDRM 2014 dan Naib Johan pula, Jabatan
Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman dan tempat Ketiga, Bahagian
Pengangkutan, Jabatan Logistik Bukit Aman.
Majlis
Penyampaian Sijil/Hadiah Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif
(KIK) dan Anugerah Inovasi PDRM 2014 telah disempurnakan oleh YDH Tan
Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara di Klana Resort
Seremban, Negeri Sembilan malam tadi.
Turut
hadir di majlis ialah YDH Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Ketua Polis
Negeri, Komander Briged PGA, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Awam, Peserta
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif dan tetamu jemputan.









Majlis Penyampaian Sijil/Hadiah Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) dan Anugerah Inovasi PDRM 2014 di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.

Tempat Ketiga Kategori Teknikal, Kumpulan Rated-X dari Jabatan Logistik Kontinjen Sarawak.

Kategori Teknikal, Kumpulan U-7 dari Unit 7, Pasukan Simpanan Persekutuan , Seremban merangkul Naib Johan

Kumpulan X-CALIBUR dari Bahagian Persenjataan, Jabatan Logistik telah merangkul Johan bagi Kategori Teknikal

Tempat Ketiga Kategori Pngurusan, Kumpulan My Stripe dari Cawangan Trafik Bukit Aman.

Naib
Johan bagi Kategori Pengurusan telah disandang oleh Kumpulan D'Cradle
dari Bahagian Teknologi Maklumat, Maktab PDRM Kuala Lumpur

Kumpulan InfoT dari Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Logistik, Johan bagi Kategori Pengurusan

Anugerah Inovasi PDRM 2014. Tempat Ketiga, Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik Bukit Aman.

Anugerah Inovasi PDRM 2014. Naib Johan pula, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman


Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah merangkul Johan bagi Anugerah Inovasi PDRM 2014

Ketua Polis Negeri Sembilan menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negeri Sembilan menyerahkan momento untuk penganjur Hari Inovasi 2015 kepada Ketua Polis Selangor.

Jabatan Logistik paling banyak merangkul kejayaan di Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PDRM Tahun 2014.