Oleh : Kpl Edwind Indo
Foto : Kpl Edwind & Konst Shazril
KERINGAT PASUKAN KESELAMATAN NEGARA DIHARGAI
Kuala
Lumpur, 3 Julai – Sebanyak 49, 300 bungkusan hari raya telah
disumbangkan oleh Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan
Timbalan Menteri (BAKTI) kepada pasukan keselamatan negara di Bangunan
BAKTI Siti Hasmah, hari ini.
Majlis
penyampaian bungkusan itu dirasmikan oleh Yang DiPertua BAKTI, Datin
Seri Rosmah Mansor akan diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia
(ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM) yang akan menjalankan tanggungjawab menjaga ketenteraman
dan keamanan negara pada hari lebaran nanti.
Menurutnya,
ahli-ahli BAKTI turut dibantu oleh penuntut Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) tempatan yang tidak melepaskan peluang bersama-sama menghargai
tugas serta pengorbanan mereka yang tinggi.
Ketua
Polis Negara, YDH Tan Sri Dato Sri Khalid Abu Bakar mewakili warga PDRM
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
barisan kepimpinan BAKTI serta seluruh ahlinya yang menyediakan
sumbangan sebagai pemangkin semangat untuk terus berjasa.
Majlis
turut dihadiri oleh Panglima ATM, Y.Bhg Tan Sri Dato' Sri Dr. Zulkifeli
Mohd Zin, Ketua Pengarah Penguatkuasaan APMM, Y.Bhg Laksamana Datuk
Mohd Amdan Kurish, Pegawai Tinggi PDRM/ATM, Ahli-Ahli BAKAT/PERKEP dan
wakil media.




Ketibaan tetamu disambut oleh ahli-ahli PERKEP Malaysia

Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Antara Pucuk Pimpinan yang hadir

Ucapan perasmian oleh Yang DiPertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor

Majlis penyerahan bungkusan hari raya kepada YDH Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Majlis penyerahan bungkusan hari raya kepada Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Imran binti Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia

Majlis penyerahan bungkusan hari raya kepada YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM

Majlis penyerahan bungkusan hari raya kepada YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

Majlis
penyerahan bungkusan hari raya kepada YDH Datuk Abd Razak bin Abd
Ghani, Timbalan Pengarah Gerakan Jabatan KDN/KA mewakili Pengarah
Jabatan KDN/KA

Ucapan balas YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Majlis membuka bungkusan hari raya