SUPERITENDAN AHMAD DZAFFIR DILANTIK JADI PENASIHAT KESELAMATAN PERWAKILAN TETAP PBB
Bukit
Aman, 4 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merasa cukup bertuah
apabila seorang daripada warganya dipilih untuk menjadi Penasihat
Keselamatan Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat yang merupakan kerusi tidak
tetap Majlis Keselamatan itu.
Beliau
yang dimaksudkan adalah Superitendan (SUPT) Ahmad Dzaffir Mohd Yussof
yang telah memulakan tugas pada 4 Julai 2014 bagi penggal 2015-2016 dan
dijangka pulang ke tanah air pada tahun 2017.
Sebelum ini, beliau bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Perak.
SUPT
Ahmad Dzaffir dipilih menjawat jawatan tersebut berdasarkan rekod
perkhidmatan yang cemerlang di samping ilmu pengetahuan serta
kredibiliti untuk menggalas tugas dengan berkesan dan efektif sekaligus
mampu menyumbang kepada usaha Malaysia memenuhi tuntutan tanggungjawab
sebagai ahli tidak tetap Majlis tersebut.
Pemilihan
ini diharap mampu meneruskan kesinambungan komitmen PDRM yang selama
ini telah menyertai pelbagai operasi pengaman serta menjalinkan
kerjasama dengan negara anggota-anggota PBB lain dalam menangani
pelbagai isu keselamatan yang kian dinamik dan kompleks seperti nuklear,
pelucutan senjata, maritim dan jenayah merentasi sempadan.

SUPERITENDAN AHMAD DZAFFIR, PENASIHAT KESELAMATAN PERWAKILAN TETAP PBB