Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

JALINAN SYAWAL KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PDRM


Kuala Lumpur, 21 Julai - Kelab Sukan Dan Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bernaung di bawah Jabatan Pengurusan PDRM hari ini telah mengadakan majlis rumah terbuka ketika sambutan lebaran masuk hari ke-16 Syawal bertempat di perkarangan Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, tengah hari tadi.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Pada majlis tersebut, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar telah menyampaikan sumbangan kepada 36 pelajar cemerlang dari peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehinggalah ke peringkat ijazah anjuran Kelab Polis Bukit Aman.

Turut hadir dalam majlis tersebut, barisan Pengarah PDRM, Pengerusi Kelab Sukan Dan Kebajikan PDRM, pegawai kanan, anggota dan pegawai awam PDRM.



Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar di meja utama


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang dari peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehinggalah ke peringkat ijazah anjuran Kelab Polis Bukit Aman


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan sumbangan kepada wakil pelajar cemerlang dari peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehinggalah ke peringkat ijazah anjuran Kelab Polis Bukit Aman


Sekitar majlis

 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS