Sepang, 18 Sept 2016 - Seramai sembilan delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mengadakan lawatan sambil belajar dan latihan dalam perkhidmatan ke National Police Agency, Tokyo, Jepun.
Delegasi PDRM terdiri daripada Ketua Polis Balai (KPB) yang menjadi juara Balai League Table (BLT) pada tahun 2014 dan tiga pegawai kanan. Majlis 'Sending Off' disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang.
Turut hadir, Naib Pengerusi MCPF, Datuk Kamarudin Md Ali, ACP Shamsudin Mat mewakili Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman dan Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, ACP Abd Aziz Ali.
Program ini diadakan sebagai insentif untuk meningkatkan mutu kerja serta menambah idea baru bagi menaikkan imej PDRM.

Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah

Sekitar majlis

Bacaan doa

Gambar kenangan

Datuk Kamarudin Md Ali menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Sri Zulkifli Abdullah