Melaka, 14 Februari 2017 - Urus Setia Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bagi sesi taklimat berkenaan pelaksanaan amalan serta aplikasi teknologi hijau yang dilaksanakan oleh kontinjen.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Bahagian Operasi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, Encik Hafizan Mustafa dan wakil IPK Melaka, ASP Azlinda Nordin.
IPK Melaka sebelum ini telah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Anugerah Hijau Negeri Melaka 2016 bagi kategori agensi kerajaan dan badan berkanun anjuran Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.
Lawatan yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Analisis dan Pembangunan Teknologi (StaRT), Bukit Aman, SAC Nik Murtaza bin Mahmud itu turut melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Dato' Ruslan bin Hassan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Analisis dan Pembangunan Teknologi (StaRT), Bukit Aman, YDH SAC Nik Murtaza bin Mahmud menandatangani Buku Pelawat ketika kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Dato' Ruslan bin Hassan.

Ketika sesi taklimat berlangsung.

Ketika sesi taklimat berlangsung.

Ketika sesi taklimat berlangsung.

Gambar kenangan