Kuala Lumpur, 24 Februari 2017 – “INTEGRITI DALAM PERSPEKTIF ISLAM” topik utama yang diketengahkan oleh Pensyarah Kanan Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato’ Dr. Izhar Ariff Mohd Kashim selaku penceramah jemputan program ceramah agama anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) hari ini.
Berceramah di Dewan Masjid Bukit Aman, beliau telah memfokuskan tiga objektif utama dalam mencapai maksud integriti mengikut perspektif Islam. Masyarakat seharusnya menjaga amanah, bertanggungjawab dalam setiap perilaku serta menjaga sumber rezeki dalam mendapatkan keberkatan dari Allah S.W.T.
Beliau juga banyak menyentuh tentang isu-isu berkenaan kekeluargaan dan hubung kait yang mendalam antara polis dan masyarakat supaya tidak menjadi seperti perumpamaan “Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua” yang bererti kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.
Selain memfokuskan objektif, beliau turut menegaskan tentang kebaikan yang harus diamalkan dan keburukan yang harus dielakkan untuk mencapai sesuatu kejayaan supaya dapat membentuk sebuah masyarakat yang berintegriti tinggi.
Program pada hari ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah 1 Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi, DCP Dato’ Aidi Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), DCP Tuan Mohd Roze Shaari, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN, SAC Sharifah Hawariah Binti Syed Idrus, pegawai-pegawai kanan serta warga Bukit Aman.

Dato’ Dr. Izhar Ariff Bin Mohd Kashim menyampaikan ceramah beliau..

Turut hadir program, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi, DCP Dato’ Aidi Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), DCP Tuan Mohd Roze Shaari, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/
Pencegahan/Kepolisan Am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, SAC Sharifah Hawariah Binti Syed Idrus.

Pengacara majlis, Insp. Mohd Ariff Hajirin semasa program berlangsung..

Sekitar bacaan doa..

Sekitar program berlangsung...

Antara yang hadir..

Timbalan Pengarah 1 Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi, DCP Dato’ Aidi Ismail menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Dr. Izhar Ariff Mohd Kashim..