Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PDRM TERIMA 30,000 BUNGKUSAN RAYA SUMBANGAN BAKTI


Kuala Lumpur, 30 mei 2017 – Sebanyak 30,000 kotak bungkusan Hari Raya Aidilfitri diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan BAKTI Siti Hasmah, Taman Tun Dr. Ismail, dekat sini, pagi tadi.

Kesemua bungkusan yang diterima oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar selaku pucuk pimpinan PDRM itu akan diagih-agihkan kepada 10 buah jabatan dan semua kontinjen dalam pasukan termasuklah Pasukan Misi Persatuan Bangsa Bersatu di bawah Cawangan Istiadat serta Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Khalid menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor kerana meluangkan masa untuk bersama-sama membungkus dan memberikan sumbangan tulus ikhlas kepada seluruh warga keselamatan dan pertahanan negara termasuk PDRM..

"Sumbangan yang dihulurkan ini, sedikit sebanyak dapat menaikan semangat warga pasukan keselamatan, yang terpaksa berjauhan dari keluarga di hari lebaran demi tugasan menjaga keselamatan negara bagi memastikan rakyat Malaysia dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan aman dan tenteram,' ujar beliau.

Hadir sama dalam majlis pagi tadi adalah Naib Yang Dipertua BAKTI Datin Seri Hamidah binti Khamis, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Dato' Indera Zulkifili bin Abu Bakar, ahli-ahli Persatuan Keluarga PDRM (PERKEP), wakil-wakil media, pegawai kanan serta anggota pasukan pertahanan dan keselamatan Negara.

Dipertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyampaikan bungkusan hari raya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar

Dipertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyampaikan bungkusan hari raya kepada Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Dato' Seri Mohamad Fuzi Harun

Dipertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyampaikan bungkusan hari raya kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh

Dipertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyampaikan bungkusan hari raya kepada Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Dato' Tajudin Md.Isa

Sesi membuka bungkusan sumbangan hari raya

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS