Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

BERAS SELUDUP: POLIS MARIN WILAYAH TIGA BERJAYA TAHAN DUA PENYELUDUP

Kuantan, 25 Julai 2017 - Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Kuantan berjaya merampas 633 guni beras seludup seberat 31,650 kilogram dalam Operasi Gelora Khas Siri 3 yang diadakan selama 10 hari di sempadan Thamal berdekatan Sungai Golok.

Timbalan Komander Pasukan Marin Wilayah Tiga, Superintendan Mohamad Pajeri Ali berkata, dalam operasi itu, dua lelaki ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga di Kampung Gelang Gasi, Chabang Empat, Pengkalan Kubor.

"Kami terus menuju ke gudang tersebut dan pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek warga tempatan berusia 54 dan 47 tahun serta 11 lagi pekerja sedang memunggah muatan beras dari sebuah lori.

"Sejumlah 509 guni beras berada di atas lantai dan 124 guni lagi berada di atas lori di mana setiap guni seberat 50kg diseludup masuk dari Thailand untuk pasaran tempatan," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Pajeri berkata, rampasan termasuk lori dianggarkan bernilai RM144,950 dan suspek berserta kesemua barang kes dibawa ke Pangkalan PPM Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS