Berita

LAWATAN POLIS BEIJING KE ATAS POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

SEPANG, 31 Ogos 2017 - Lawatan Kerja 'Beijing Municipal Police Delegation' ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bermula pada 31 Ogos sehingga 3 September 2017. Kunjungan hormat selama tiga hari ini diketuai oleh Police Commisioner Deputy Head of Beijing Public Security Bureau (PSB) Pan Xu Hong beserta 4 pegawai kanan yang telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebentar tadi.

Delegasi Beijing akan mengadakan lawatan kerja ke atas Ketua Polis Kuala Lumpur CP Dato’ Amar Singh Ishar Singh.Delegasi juga akan mengadakan lawatan ke Negeri Melaka setelah selesai lawatan di Kuala Lumpur.

Ketibaan delegasi disambut oleh Ketua Perhubungan Antarabangsa PDRM SAC Goh Boon Keng, pegawai-pegawai kanan PDRM dan Pegawai dari kedutaan China di Malaysia.
132

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS