Kajang, 29 Oktober 2017 – Suasana kemeriahan dan kegembiraan dalam kalangan ahli keluarga dapat dilihat dalam sepanjang Program Hari Keluarga 2017 peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) anjuran Jabatan Penjara Malaysia (JPM) di Maktab Penjara Kajang, di sini hari ini.
Program yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu disertai oleh pelbagai agensi di bawah naungan KDN seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Imigresen juga tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam acara tahunan pada kali ini.
Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan seperti tarik tali, sepak raga bulatan dan sukaneka kanak-kanak. Acara hari ni juga tidak ketinggalan dengan acara cabutan bertuah yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua yang hadir.
Melalui program ini, seluruh agensi dalam KDN dapat mewujudkan semangat kerja berpasukan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama peserta dan ahli keluarga. Program ini juga menjadi salah satu platform bagi memantapkan institusi kekeluargaan yang sedia ada.
Turut hadir sama program tersebut adalah, Timbalan Menteri Dalam Negeri I , Dato’ Masir Kujat, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, barisan Pengarah PDRM serta warga kerja KDN.
Bergambar kenangan bersama Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa menyaksikan persembahan.
Sekitar ketibaan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Antara persembahan di Hari Keluarga KDN 2017.
Antara aktiviti Hari Keluarga KDN 2017.
Sekitar Program Menembak.
Sekitar ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim.
Bergambar kenangan.
Sekitar program berlangsung.
Sekitar program berlangsung.