Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PEGAWAI KANAN POLIS WANITA SEBAGAI TUNJANG MISI KEAMANAN PBB

Cheras, 20 Januari 2018 – Pegawai kanan polis wanita dilihat sebagai tunjang untuk memikul tanggungjawab yang besar menerusi misi-misi kemanusiaan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di peringkat antarabangsa.

Perkara ini dijelaskan oleh Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang berucap mewakili Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bersempena Majlis Penutupan Female Senior Police Officer Command Development Course di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, dekat sini, petang tadi.

Menurut beliau, dengan tugasan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak polis kini, pegawai kanan polis wanita boleh berbangga apabila mampu melaksanakan tugasan menjaga keamanan dan ketenteraman awam dalam negara seiring dengan kemampuan pegawai kanan polis lelaki.

Dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Acryl Sani turut berbesar hati menganugerahkan sijil penyertaan kepada 33 pegawai kanan polis wanita yang berkhidmat di bawah payung PBB di atas penglibatan mereka di dalam kursus yang dianjurkan oleh PDRM ini bermula 14 Januari lalu.

Hadir sama dalam majlis tadi adalah Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mazlan Lazim, Deputy Police Commissioner of the United Nations Mission in South Sudan (UNMISS), Ms Unaisi Vuniwaqa, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, Dato’ Narenasagaran Thangaveloo, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Dato’ Yong Lei Choo, pegawai-pegawai kanan PDRM dan wakil-wakil media.

1
Ucapan daripada Deputy Police Comissioner Ms Unaisi Vuniwaqa dari United Nations Mission in South Sudan (UNMISS).

3
Ucapan daripada Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani..

5
Antara pegawai kanan polis wanita di bawah payung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang terlibat.

8
Tayangan montaj berkenaan penglibatan pegawai kanan polis wanita yang bertugas dalam misi PBB..

18
Sekitar majlis penyampaian sijil kepada pegawai kanan polis wanita yang terlibat dalam kursus di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

45
Sekitar majlis penyampaian sijil kepada pegawai kanan polis wanita yang terlibat dalam kursus di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

44
Sekitar majlis penyampaian sijil kepada pegawai kanan polis wanita yang terlibat dalam kursus di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

48
Sekitar majlis penyampaian sijil kepada pegawai kanan polis wanita yang terlibat dalam kursus di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

42
Sekitar majlis penyampaian sijil kepada pegawai kanan polis wanita yang terlibat dalam kursus di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

30
Sekitar majlis penyampaian sijil kepada pegawai kanan polis wanita yang terlibat dalam kursus di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

51
Sekitar majlis penyampaian sijil kepada pegawai kanan polis wanita yang terlibat dalam kursus di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

61
Sesi penyampaian cenderahati kepada Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani daripada Deputy Police Comissioner Ms Unaisi Vuniwaqa dari United Nations Mission in South Sudan (UNMISS).

62
Sesi penyampaian cenderahati kepada Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Dato’ Yong Lei Choo daripada Deputy Police Comissioner Ms Unaisi Vuniwaqa dari United Nations Mission in South Sudan (UNMISS)..

63
Sesi penyampaian cenderahati kepada Deputy Police Comissioner Ms Unaisi Vuniwaqa, United Nations Mission in South Sudan (UNMISS).

64
Sesi penyampaian cenderahati kepada Pengarah Jabatan StaRT daripada pihak Maktab PDRM Kuala Lumpur..

69
Sesi bergambar kenangan...



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS