Berita

PERTANDINGAN GOLF: YANG DIPERTUA MAJLIS SUKAN PDRM DIRAI

Kajang, 28 April 2019 - Sebagai penghargaan kepada Ketua Polis Negara yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun yang bakal bersara pada 3 Mei ini, satu pertandingan golf telah diadakan di Sungai Long Golf & Country Club, di sini, hari ini. 

Pertandingan golf anjuran Majlis Sukan PDRM tersebut disertai oleh Tan Sri Mohamad Fuzi sendiri, bersama 59 peserta terdiri daripada pucuk pimpinan tertinggi serta pegawai kanan PDRM. 

Sejurus selesai pertandingan, Tan Sri Mohamad Fuzi yang diiringi Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 

ASP Lee Robert dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor muncul juara bagi kategori Gross, Inspektor Megat Mohammed Harul Ahmad dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah juara Kategori A dan DSP Mohd Razlin Abdul Manaf dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Kuantan, juara kategori B. 

Manakala johan Kategori Novelty pula, disandang oleh ASP Mohd Zaki Rahman dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman. 

Hadiah cabutan bertuah turut disediakan kepada para pemain yang menyertai pertandingan dan Ketua Polis Balai Sri Petaling, ASP Mohd Nasir Ahmad merupakan pemain paling bertuah kerana memenangi hadiah utama cabutan bertuah berupa televisyen jenama MAC LED Series 32 inci. 

Turut hadir, barisan Pengarah PDRM, Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) (Perancangan Strategik), DCP Dato' Muhammad Azlee Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur serta para pegawai kanan PDRM.

0S5A4522
Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun di Sungai Long Golf & Country Club. 

0S4A1750
Sesi bergambar kenangan sebelum pertandingan dimulakan.

0S5A4587
Suasana sebelum pertandingan bermula.

0S4A1781
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun bergambar kenangan bersama peserta-peserta yang lain sebelum 'Tee-Off'.

0S5A4682
Aksi Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun dalam pertandingan pada hari ini.

0S5A4761
Aksi Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun dalam pertandingan pada hari ini.
0S5A4836
Ucapan aluan daripada CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.

0S5A4841
Ucapan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.

0S5A4947
Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.

0S5A4953
Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.

0S5A4976
Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun menerima cenderahati berupa lukisan potret daripada Majlis Sukan PDRM.

0S5A4962
Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun menerima cenderahati daripada Majlis Sukan PDRM.

0S5A4968
Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun menerima cenderahati daripada Majlis Sukan PDRM.



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS