Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

MAJLIS PENUTUP HARI INOVASI PDRM 2019

Kangar, 27 September 2019- Majlis Penutup Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2019 telah berlangsung di Dewan Kecemerlangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, pagi tadi.

Upacara penutupannya telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador diiringi Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), CP Dato' Ramli Din dan Ketua Polis Perlis, SAC Dato' Surina Saad.

Hari Inovasi PDRM yang bermula pada 23 September lalu menyaksikan 15 penyertaan dari seluruh kontinjen dengan keupayaan pelbagai reka cipta baharu.

Kumpulan 'Inteligent Specialist' dari Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mengungguli kategori penambahbaikan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) menerusi projek Sistem Pengurusan Kenderaan PDRM mereka. Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh kumpulan 'POKEL' menerusi projek Polis e-Diari dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, Kelantan dan IPK Sarawak yang diwakili kumpulan 'Riders' pula mendapat tempat ketiga bagi projek Kon Selematan LED.

Bagi kategori penciptaan KIK pula, kumpulan 'Amphibia Qber' dari IPD Hulu Terengganu memenangi tempat pertama menerusi projek Bot Amphibia Qber. Manakala Kumpulan 'RMP Aviation' dari Pasukan Gerakan Udara, Pangkalan Sarawak dengan projek Alat Penguji Bahan Api Pesawat pula mendapat tempat kedua. Tempat ketiga pula disandang kumpulan 'Wawasan 20' dari Batalion 20, Pasukan Gerakan Am, Briged Sabah menerusi projek mereka "Boat Safety Docking System".

Penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah disempurnakan sendiri oleh Tan Sri Abdul Hamid yang masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5,000 bagi tempat pertama, diikuti dengan RM2,000 dan RM3,000 bagi tempat kedua serta ketiga.

Hadir sama adalah Naib Cancellor UniMAP, Professor Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad, Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Zainuddin Yaacob, Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Hasanuddin Hassan, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Aidi Ismail, para pegawai kanan dan anggota PDRM.

Image may contain: 4 people, people smiling, crowd
Image may contain: 1 person, standing
Image may contain: one or more people and outdoor
Image may contain: 5 people, people standing
Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and indoor
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Image may contain: 8 people, people sitting, flower and indoor
Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and suit
Image may contain: 6 people, people smiling
Image may contain: 6 people, people standing
Image may contain: 5 people, people smiling
Image may contain: 4 people
Image may contain: 4 people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS