Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PIC OF THE DAY

PIC OF THE DAY

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Zainal Abidin telah menghulurkan bantuan kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya di Presint 1, Putrajaya, petang tadi.

Beliau yang baru selesai menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Melawati, Putrajaya bertindak memberhentikan kenderaannya sejurus melihat mangsa kemalangan terbaring di bahu jalan.

Selepas melihat keadaan mangsa, Dr. Bakri menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan ambulans dengan segera.

Mangsa yang merupakan kakitangan Jabatan Alam Sekitar mengalami kecederaan di bahagian bahu kanan dan kaki selamat dibawa ke hospital menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

#PDRM
#RMP
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#19112019
Image may contain: one or more people

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS