Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#InfoKPN: JOM KENALI KPN KEEMPAT

Ketua Polis Negara Keempat: Tun Haji Mohammed Hanif Omar (08.06.1974 - 15.01.1994)

Tun Haji Mohammed Hanif Omar dilahirkan pada 16 Januari 1939 di Teluk Intan, Perak. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Anglo Chinese, Teluk Intan, Perak. Kemudiannya, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera, B.A. (Ekonomi, Sejarah dan Bahasa Melayu) dari Universiti Malaya dan Ijazah LLB (Hons), dari University of Buckingkham, England.

Tun Haji Mohammed Hanif telah mendirikan rumahtangga bersama Toh Puan Hamidah Abdul Hamid dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Beliau merupakan tokoh yang termuda di negara, dan di dunia tatkala dilantik pada 8 Jun 1974 sebagai Ketua Polis Negara yang keempat. Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis pada 8 Jun 1959. Kepimpinan beliau yang dinamik telah berjaya menonjolkan imej cemerlang, bersih, serta saksama di dalam pasukan polis. Beliau turut menekankan kemajuan akademik dan ilmu pengetahuan ke arah membina pasukan yang berwibawa.

Kejayaannya mengemudi PDRM menangani pelbagai cabaran dan isu khususnya menjadikan Malaysia satu-satunya negara di Asia, yang berjaya menumpaskan komunis secara menyeluruh terakam abadi di persada negara. Beliau dianugerahkan dengan pelbagai pingat dan kehormatan dari dalam dan luar negara. Semoga Tun Haji Mohammed Hanif sentiasa diberikan rezeki kesihatan yang baik dan dilindungi olehNya sentiasa.

Sumber: Muzium Polis Diraja Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS