Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#InfoKPN: JOM KENALI KPN KELIMA

#InfoKPN: JOM KENALI KPN KELIMA

Ketua Polis Negara Kelima: IG Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor (16. 01.1994 – 07.01.1999)

Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Noor dilahirkan pada 6 Jun 1943 di Serkam, Melaka. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang kelima pada 16 Januari 1994.

Terkenal sebagai seorang pemimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa melihat hal-hal dalaman Pasukan. Beliau sentiasa mengambil berat mengenai aspek kebajikan khususnya dalam penyediaan perumahan, menaik taraf tahap kelulusan selaras dengan kenaikan gaji yang baru, kenaikan pangkat kepada pegawai dan anggota serta menyediakan keperluan logistik bagi kegunaan Pasukan.

Segala aspek yang diambil berat ini nyata telah memberikan impak yang sangat positif apabila penugasan PDRM berjaya dipertingkatkan dan diperkemaskan yang seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat serta negara.

Beliau telah memperkenalkan imej baru PDRM dengan pengenalan uniform baru yang berwarna biru gelap ("dark blue") yang lebih sesuai dalam memenuhi aspirasi Pasukan.

Beliau juga telah memperkenalkan konsep ‘Cepat dan Betul’ bagi proses transformasi budaya kerja ke arah prestasi yang lebih cemerlang. Bendera asal PDRM telah dinamakan sebagai ‘Sang Saka Biru’ hasil daripada cetusan idea beliau.

Akhir sekali, beliau telah banyak memodenkan PDRM dengan memperkenalkan dan mengaplikasikan teknologi-teknologi terkini dengan penambahan peralatan seperti kenderaan, komputer dan alat teknologi.

Nyata, pengenalan teknologi terkini dalam Pasukan telah meletakkan PDRM berupaya menghadapi segala cabaran dan ancaman pada ketika itu dan menaikkan imej PDRM di peringkat antarabangsa.

Sumber: Muzium Polis Diraja Malaysia

Image may contain: 1 person, standing, sky, close-up and outdoor, text that says 'RAHIM'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS