Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#PKPP #COVID-19 POSTING PILIHAN: SERAMAI 17,751 ANGGOTA WANITA PDRM LAYAK JALANI UJIAN SARINGAN KANSER RAHIM

Kuala Lumpur, 17 September 2020 - Seramai 17,751 pegawai dan anggota polis wanita di seluruh Malaysia akan menjalani ujian saringan Virus Papiloma Manusia (HPV) bagi mengesan kanser pangkal rahim peringkat awal di bawah program ROSE (Removing Obstacles to Cervical Screening).

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Dato’ Asmawati Ahmad berkata, ujian saringan yang merupakan hasil kerjasama dengan Yayasan ROSE itu bertujuan mengesan kanser lebih awal sebelum ia merebak dengan lebih serius.

“Ramai pegawai dan anggota polis wanita yang bekerja keras sebagai petugas barisan hadapan tidak berkesempatan untuk memberi perhatian kepada kesihatan diri mereka sendiri.

“Jadi menerusi program ini, ia dapat membantu mereka untuk mencegah dari awal penyakit seperti kanser servikal daripada menyerang,” katanya pada sidang media selepas hadir program 'Frontliners Uniting Against Cervical Cancer' di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yong Lei Choo, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Professor Datuk Dr. Siti Zawiah Omar dan Penasihat Perubatan Teknikal ROSE Foundation Jabatan Obstetrik Ginekologi Universiti Malaya, Professor Dr. Woo Yin Ling.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1880602

Sumber: Polis KL dan BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor



Image may contain: 3 people, table and indoor

Image may contain: 3 people, indoor

Image may contain: 2 people, people standing and camera

Image may contain: 2 people

Image may contain: 4 people, people standing, text that says 'C Lumpur MILIK TA'

Image may contain: 1 person

Image may contain: 2 people, indoor

Image may contain: 4 people, people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS