Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] OP PELICAN 3.0: POLIS TANGKAP 68 GENG NICKY, RAMPAS PELBAGAI BARANGAN BERNILAI RM7.3 JUTA

Kuala Lumpur, 30 Mac 2021 - Polis menangkap 68 orang dipercayai ahli Geng Nicky yang dikaitkan dengan pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, kesemua individu tersebut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk pengubahan wang haram.

Menurutnya, dalam serbuan tersebut, anggota polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 17 bersama satu kelopak peluru berisi sembilan butir peluru.

“Pihak polis juga telah membekukan 41 akaun bank bernilai RM4,053,809.49 dan 35 unit kenderaan bernilai RM8,863,759.00 melibatkan 21 individu dan 16 entiti.

“Ia termasuk Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dibawah seksyen 44 (1) AMLATFPUAA 2001.

“Tindakan lanjut menjejak dan membekukan aset-aset berupa tanah, rumah dan bangunan sedang dijalankan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Selasa.

Tambah beliau, turut dirampas adalah wang tunai dari pelbagai negara berjumlah lebih RM700,000 dan 16 buah kereta mewah dianggarkan bernilai RM6.67 juta.

“Nicky Liow mempunyai sejumlah 12 kesalahan lampau bersabit dadah dan jenayah kekerasan termasuk kes memukul anggota Rela pada 27 Oktober 2017.

“Hasil yang diperolehi daripada soal siasat awal, pihak polis telah mengenal pasti penglibatan pegawai dan anggota agensi penguatkuasa dan beberapa VVIP kenamaan yang bersekongkol bersama Geng Nicky.

“Pihak Task Force IPK Johor akan membuat tangkapan susulan dalam waktu terdekat ini,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Foto: Konstabel Bryanlie Mustin

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of standing, indoor and text

May be an image of indoor

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of wrist watch

May be an image of 1 person and standing

May be an image of text

May be an image of standing and indoor

May be an image of money

No photo description available.

May be an image of money

May be an image of one or more people, people standing and indoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS