Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: PDRM MESTI KEKAL BERSIH, JAGA KEAMANAN DAN KEUTUHAN NEGARA - KPN

Kuala Lumpur, 30 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mesti kekal sebagai sebuah pasukan penjaga keamanan dan keutuhan negara sekali gus menolak campur tangan anasir luar dalam urusan menentukan hala tuju pasukan keselamatan negara itu, kata IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Tan Sri Abdul Hamid pada sidang media terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara di sini hari ini berkata sepanjang dua tahun memegang tampuk pemerintahan pasukan, beliau berusaha memerangi gejala rasuah dan meningkatkan integriti pasukan itu.

“Saya lawan rasuah dalam pasukan…saya tidak mahu pasukan ini diguna untuk menakut-nakutkan orang dengan menjalankan kerja-kerja kotor.

PDRM perlu berlaku adil tanpa mengira bangsa, agama dan rakyat,” katanya yang berharap pengganti beliau akan meneruskan usaha membanteras amalan rasuah dalam kalangan anggota dan pegawai polis.

Kontrak perkhidmatan Tan Sri Abdul Hamid sebagai Ketua Polis Negara dijadualkan tamat pada Isnin ini dan jawatan itu akan diisi Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

May be an image of 1 person, standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS