Kuala Lumpur, 21 Jun 2021 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor telah menjalankan siasatan lanjut mengenai satu video tular di media sosial mengenai sebuah kenderaan jenis Mercedes yang menggunakan lampu strobe ketika melalui kesesakan trafik.
Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan telah menerima arahan agar pemandu kenderaan tersebut disaman di bawah Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/1959.
JSPT mengingatkan kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan lampu strobe untuk apa-apa tujuan sekalipun ketika berada di atas jalan raya kerana ianya merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.