Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BATALION 7 PGA GUNA DRON TUMPASKAN PENYELUDUP

Rantau Panjang, 15 Oktober 2021 - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan hasil rondaan menggunakan dron yang dilakukan di kawasan Pengkalan Haram Syed Agil di sini pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam serbuan jam 8 malam itu, pihaknya telah mengesan sekumpulan lelaki sedang memunggah bungkusan barangan dalam keadaan mencurigakan.

"Menyedari kehadiran anggota PGA. kesemua Ielaki tersebut bertindak melarikan diri ke negara jiran dengan menyeberangi sungai.

"Pemeriksaan di kawasan sekitar mendapati terdapat satu perahu yang berisi pelbagai jenis barang kontraban di tebing Sungai Golok," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui 28 helai pelbagai jenis pakaian bernilai RM2,700 dan kelengkapan tidur sebanvak 35 unit bernilai RM1,500.

Superintendan Azhari berkata, pihaknya mengesyaki kesemua barang tersebut diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Sumber: Sinar Harian

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS