Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: BERBASIKAL DI LEBUH RAYA, BOLEH DIDENDA HINGGA RM5,000, PENJARA 12 BULAN

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2021 - Polis Diraja Malaysia melarang sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran pihaknya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, penunggang basikal yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

"Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

"Gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya boleh menyebabkan individu itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) akta sama, manakala Seksyen 112(3) pula membolehkan basikal disita jika melakukan mana-mana kesalahan berbasikal," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu kumpulan berbasikal yang kembali panas di media sosial memaparkan gelagat mereka menunggang basikal hingga membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.hmetro.com.my/.../berbasikal-di-lebuh-raya...

Sumber: Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS