Sindiket penipuan akan menggunakan pelbagai taktik bagi memperdaya orang ramai untuk terjerumus dalam kancah penipuan termasuk menjadi keldai akaun.
Mangsa kebiasaannya menjadi 'kelabu mata' apabila menerima bayaran lumayan, tanpa berfikir panjang akan natijah yang bakal diterima apabila menyewakan atau memberi akaun bank peribadi kepada ahli sindiket.
Jadikan nasihat dan tips yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sebagai panduan. Jika anda turut bersubahat dengan ahli sindiket yang melakukan aktiviti penipuan dalam talian dan didapati bersalah, anda boleh didakwa di bawah undang-undang Malaysia.