Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#WarAgainstDrugs ARTIKEL PILIHAN: ANGGOTA POLIS CEDERA BERGELUT DENGAN PENJENAYAH

Alor Setar, 8 November 2021 - Seorang anggota polis cedera di kaki kiri akibat digilis kereta dipandu tokan dadah dan tangan kanannya luka ketika cuba ditikam semasa bergelut dengan lelaki itu dalam kejadian di tepi jalan Kampung Baru Tepi Laut, Kuala Sanglang Air Hitam dekat Kubang Pasu semalam.

Ketua Polis Kedah, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian 6.35 petang itu, sepasukan anggota polis daripada bahagian narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah menghampiri sebuah kereta jenis Proton Saga yang berhenti di tepi jalan itu dalam keadaan mencurigakan.

"Menyedari kehadiran polis, suspek bertindak melarikan diri dan pada masa sama tayar keretanya telah terkena kaki kiri seorang anggota polis serta melanggar dua kenderaan dinaiki pihak polis.

“Polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri menyebabkan kereta suspek terbabas ke dalam kawasan bendang berhampiran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dato' Kamarul Zaman berkata, semasa tangkapan dijalankan berlaku pergelutan dan suspek telah mengeluarkan sebilah pisau dan menikam ke arah seorang anggota polis menyebabkan kecederaan pada jari tengah tangan kanan anggota itu.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek yang berumur 38 tahun dan bekerja sebagai nelayan serta mempunyai 10 rekod lampau berkaitan dadah itu, telah menjumpai tiga peket plastik lut sinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis syabu seberat lebih kurang 54.50 gram.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA

Anggota polis cedera bergelut dengan penjenayah
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS