Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[ARTIKEL PILIHAN] VIDEO TULAR: 5 INDIVIDU DITAHAN ANGKARA BERTUMBUK DI JALAN RAYA

Ampang, 25 November 2021 – Akibat bertumbuk di jalan raya sambil membawa senjata berupa gergaji dan payung menyebabkan lima individu ditahan di dua lokasi berasingan di Taman Bukit Teratai dan Taman Pandan Mewah, dekat sini malam tadi.

Empat lelaki dan seorang wanita tempatan berumur antara 16 hingga 48 tahun yang terdiri daripada pemandu dan penumpang kereta Perodua Myvi dan lori ditahan antara pukul 7.30 malam hingga 9 malam oleh sepasukan polis daerah.

Turut dirampas sebuah lori dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi serta senjata-senjata yang digunakan semasa kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Tuan Mohamad Farouk Eshak berkata, pergaduhan itu dikesan berlaku pada pukul 4.30 petang di Bulatan Taman Seraya Ampang, kelmarin semasa kontraktor pendawaian (pengadu) berusia 48 tahun bersama anaknya menaiki lori dalam perjalanan ke tempat kerja dan telah berlaku perselisihan faham dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua lelaki dan seorang wanita.

“Pengadu bertindak menyekat kereta Perodua Myvi dan mengarahkan mereka berhenti sehingga berlakunya pertengkaran dan pergelutan antara mereka dan kedua-dua pihak didapati memegang payung dan gergaji sebagai senjata.

“Kita dapati salah faham dan kurang sikap bertolak ansur menjadi punca kedua-dua pihak bergaduh di jalan raya itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut:-

Sumber: Kosmo Online

May be an image of 5 people, car and outdoors
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS