Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#BeSmartStayAlert ARTIKEL PILIHAN: JSJK KEMPEN ELAK JADI MANGSA PENIPUAN DALAM TALIAN

Kuala Lumpur, 27 November 2021 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat memperkasakan kempen pencegahan jenayah komersil membabitkan sindiket penipuan dalam talian di negara ini.

Usaha itu dilaksanakan secara besar-besaran untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat supaya mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan siber.

Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JSJK Bukit Aman, SAC Tuan Nor Azman Muhammad Yusuf berkata, menerusi kempen pencegahan jenayah itu, para anggotanya akan mengedarkan risalah mengenai trend penipuan yang dilakukan.

Antara sindiket di negara ini untuk menjerat mangsa tanpa mengira jantina dan kedudukan antaranya melibatkan Macau Scam, African Love Scam dan pembelian dalam talian dan pelaburan serta pinjaman tidak wujud.

“Kita mengedarkan risalah yang mengandungi artikel berkaitan nasihat serta taktik yang digunakan sindiket untuk memperdaya seseorang mangsa dalam talian.

“Maka, kami dalam risalah itu menyenaraikan jenis dan tips untuk mengenalpasti penipuan sindiket dan cara mengelak ditipu dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Diharap segala input mengenai penipuan dalam talian ini dengan pembacaan serta perbualan ringkas antara anggota dengan masyarakat dapat memberi kefahaman kepada mereka seterusnya berkongsi dengan ahli keluarga mengenai penipuan (dalam talian) yang sering berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di Plaza Tol Jalan Duta lewat pagi tadi.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://malaysiagazette.com/.../bukit-aman-kempen-elak.../

Sumber: Malaysia Gazette

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS