Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PASCA BANJIR: JALINAN KERJASAMA PDRM DAN PASUKAN SAHABAT BERSIHKAN GALERI MUZIUM BUKIT KEPONG

Muar, 19 Januari 2022 – Bagi mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berganding bahu dengan beberapa agensi dalam membersihkan Galeri Muzium Bukit Kepong selepas ia terjejas teruk akibat banjir yang berlaku pada 3 Januari lalu, di sini pagi tadi.

Antara agensi yang turut menjayakan program tersebut ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Muzium Malaysia, Majlis Perbandaran Muar, Perbadanan Muzium Melaka termasuk sukarelawan dari "Southern Volunteers". Program tersebut telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Tuan Mohd Sukri Kaman bersama warga PDRM yang terdiri dari Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am, Batalion 6 Bakri Muar, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Unit 2 Johor Bahru dan Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Johor.

Kerja-kerja pembersihan meliputi ruang pameran, longkang dan persekitaran bangunan dengan menggunakan “water cannon” milik PSP serta aset dari jentera bomba.

Turut hadir, Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, ACP Tuan Rusli Abas, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Tuan Zaharudin Rasip, Pengarah Muzium Kepolisan, Superintendan Selamat Sainayune dan Pegawai Daerah Muar, Tuan Hj. Mustafa Kamal Dato’ Hj. Shamsudin.

Jurugambar: Bahagian Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Johor

May be an image of 2 people, outdoors and text that says 'BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIU MATA COPE THE POLIS DARUE B'

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing, tree, outdoors and text

May be an image of 3 people, people standing, outdoors and text that says 'POLIS'

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of 6 people and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and body of water

May be an image of 6 people, people standing and body of water
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS